Program kelip-kelip yang berlangsung selama 3 hari 2 malam di Kg. Kuantan akhirnya menutup tirainya dengan pelbagai ragam serta kegembiraan. Program yang telah diadakan ini memberi kesan positif terhadap diriku dari segi pergaulan sesama saudara islam dan juga sesama pelajar UNITEN serta staf TNB. Pelajar-pelajar telah ditempatkan bersama ibu serta bapa angkat mereka bagi menjayakan program ini.
Hari Pertama
Kami sampai tepat pukul 9.00 pagi. Ketika itu, ramai orang kampung sudah siap menunggu ketibaan kami. Aku gembira saat itu. Ku fikir apabila aku turun sahaja dari bas uniten, akan ada seorang daripada mereka akan mengkalungkan bunga kepadaku.. Hahahaha.... kami diarahkan masuk ke dalam balai raya untuk sesi pembahagian anak angkat. Saat itu, aku terkedu, fieona pun terkedu. Mana tidaknya, keadaan yang kami hadapi adalah seperti di dalam televisyen di mana seorang ketua kampung berucap di hadapan, di sebelahnya orang kuatnya, dan di sebelahnya mungkin imam kampung. Aku dan Fiena hanya tersenyum. Sangkaanku seperti orang kampung yang hendak berpolitik. Aku mendapat emak angkat yang agak sporting.. Syukur...
Petang itu, aktiviti diteruskan dengan acara bersukan 'futsal'. Kemboja, Ira, Siti, Lina, Fieona semuanya main. Tinggal Nurul sahaja yang segan.
Malamnya diteruskan dengan acara malam kebudayaan. Saat itu sekali lagi aku termenung, ini dah macam style cerita mamat khalid. takpun macam cerita Man Laksa. Sempat juga aku menyanyi sampai tiga lagu malam itu. Malam itu menjadi bertambah rancak apabila kami sahabat berjoget mengikut rentak-rentak lagu. Ala-ala cerita dulu-dulu pula.
Berpesta sampai ke malam hari itu, keadaan meriah. Aku pulang untuk mencari kedamaian......
Hari Kedua
Pagi-pagi lagi sepasukan tutor( terdiri daripada kami semua) telah diarahkan untuk bergerak ke SAAS untuk menjadi tutor kepada 60 puluh pelajar sekolah yang akan menduduki UPSR.
Aku dapat satu kumpulan dengan hisyam,rini, fieona,siti, lina. Keadaan menjadi bertambah meriah apabila tutor kumpulan kami iaitu aku, fieona dan semua-semua dibooking untuk menyanyi dengan anak-anak buah kumpulan lain. Pizza hut, Mc Donalds lar......
Kami semua mengajar mereka sehingga pukul 5.00 petang.
Malamnya pula, kami semua dibawa melawat Kelip-Kelip. Caranya senang, kami akan menaiki sampan untuk melihat Kelip-Kelip di sepanjang sungai, seronok kan!!!
Pulang sahaja dari melihat Kelip-Kelip, kami dibawa ke SAAS kembali untuk menguruskan barang-barang penyediaan untuk Hari keluarga esok. Letih bukan main... Akhirnya dapat juga aku Selimut Mata....
Hari Ketiga (Hari Terakhir)
Pagi-pagi lagi kami telah pergi ke SAAS membuat persiapan terakhir. Banyak juga yang hendak dibuat. Keadaan sedikir tidak terurus. Tetapi nasib baik antara kami, ada yang pandai juga menguruskan sendiri. Banyak hadiah yang disediakan..
Habis sahaja Hari Keluarga tersebut, aku pulang ke rumah angkat aku, sebelum balik sempat lagi bergosip dengan mak angkat aku.. Hahahaha..
Akhirnya, masa yang ditunggu telahpun tiba, Kami bersalaman dan Bas Uniten pun meninggalkan perkarangan Kg. Kuantan ataupun Kg. Tanjung Siam..... Semoga berjumpa lagi keluarga angkatku.........
No comments:
Post a Comment