Bercakap pasal novelis2 yang aku jumpa nie, aku dah baca kedua2 buku baru yang dikeluarkan oleh Karnadya Solution hasil daripada novelis Aina Emir dan Mimie Afinie iaitu Hanya Kita Berdua dan Kalau Ada Jodoh.. inilah novelnya..
Cerita mereka berdua amat menarik sangat bagi aku. Hanya Kita Berdua banyak memberi pengajaran kepada kita dari segi perebutan harta keluarga, hubungan keluarga. Banyak memberi kesan dalam diri. Tapi cerita Kalau Ada Jodoh memang x senang duduk kalau dibaca. Aku asyik gelak 24 jam je. Memang pandai Mimie Afinie buat cerita. Aku gelak sampai terbahak-bahak hingga terbawa ke dalam tidur. Punya lah lawak, sampai adik aku tengok pun dia kata aku macam lah orang yang disampuk. Hahaha... Cerita walaupun banyak x banyak konflik tapi boleh tahan lah santainya. Seronok sebenarnya membaca, tak rugi aku tanamkan minat membaca, tambah2 lagi novel.
Tetapi aku rasa agak ketinggalan sedikit. Bila aku pergi untuk TOT tu, abg Roi ada cakap pasal buku bertajuk Ayat-Ayat Cinta karya Habibur Rahman. Sebelum ini aku tahu mengenai novel tersebut tetapi macam tiada respon nak beli. Lepas itu, aku ada meluangkan masa baca blog Aina Emir, baru aku perasan yang sebenarnya dia pun ada bercerita mengenai novel tersebut. Confirm aku akan cari novel tersebut( tiqa, esok jom gy Alamanda, aku nak gy MPH bookstore! ). Walaupun cerita Kau Laksana Bulan aku tahu ramai yang dah baca, tapi aku masih nak describe mengenainya lagi. Sold Out tu waktu Pesta Buku hari tu. Mungkin sebab cover die yang lawa kot. Tapi aku rasa sebab Aina Emir penulisnya, tul x? cuba tgk cover die. Cerita dia agak seronok bile anda sumer bace seolah2 andalah wataknya di dalam novel itu. Tapi bagi saya tentu membayangkan sebagai lelaki di dalam novel tu. Wah, kuat berangan. Tak rugi kalau anda membaca!! Lagi satu cerita yang sangat2 menarik walaupun aku dah lama baca lebih kurang tahun lepas aku baca iaitu Bunga-Bunga Kemboja sampaikan Aina Emir beritahu aku yang ramai lelaki suka sangat baca novel ni, aku senyum je kat dia. Sampai ada yang dtg jumpa dia kata novel tu best. Memang best! Baru aku tahu yang Fragipani Flowers adalah bunga kemboja. Rasa macam nak pergi sana je jumpa Nur Qahira.
Harh, itu baru bercerita part pesta buku yang aku pergi ditambah sikit2 benda yang terlintas kat kepala otak aku, memang tak cukup n tak larat nak menulis nie. Tapi 4 hari lepas aku pergi Alamanda MPH saja meronda2 dan dengan tidak semena2nya aku terjumpa novel terbaru dari Fauziah Asyaari iaitu Ombak Rindu 3.. sambungannya pula dari Cinta Tiada Akhirnya (Ombak Rindu 2). Aku bagitahu mak aku, dia kata nanti die beli. Arghh, nak tunggu dia pula. Sinopsis die yang aku ingat Izzah kembali pulih ingatan dia. best2..
Ada lagi, hari tu Kat cakap ngan aku. Dia suruh aku baca Bagaikan Puteri, katanya dia terpikat dengan Laksamana Sunan dalam cerita tersebut, jawabnya aku, Ramli Awang Mursyid! memang pandai berimaginasi! Novelis Thriller...
Papehal pun, aku rasa banyak faedahnya yang korg sumer leyh dapat, minat aku dalam membaca memang dah lama, tapi aku masih rasa tak puas. Ada jer benda yang nak dibaca aku!! Semoga berjumpa lagi!!
No comments:
Post a Comment