Akhirnya segalanya telah terungkai, kata-kata yang bisa menggigit jiwa telahpun diluahkan dari jiwa yang berduka lara, dari jiwa yang gundah gulana serta dari jiwa yang serba tak kena. Hati ini berasa lega seketika, diriku ini mahu menjadi diriku itu, hatiku ini mahu jadi hatiku itu, perasaanku ini, mahu jadi perasaanku itu. Buat seketika, diri rasa terpana dengan ketulusan hati yang berkata-kata. Tidak menyangka diri tersentuh dengan keadaan yang menyentuh. Dalam dilema, hatiku, perasaanku, jiwaku berbicara untuk dilepaskan. Akhirnya....
Setelah penat lelah menelaah pelajaran seharian, akhirnya waktu yang ditunggu menjelang tiba. Ujian fizik pertama akan diadakan tepat pukul 4.30 petang. Namun pada hari itu, aku mengambil inisiatif untuk keluar awal dari biasa, seawal pukul 8.30 pagi. Rakanku semuanya pelik melihat tingkahlakuku yang bersiap seawal pagi itu sedangkan sudah terang-terangan dinyatakan bahawa hari itu, aku tiada kelas. Aku memaksa diriku bangkit dari tidur, si dia tiada, aku merenung ke luar tingkap. Buat seketika aku mengeluh, tidak tahu mengapa aku perlu mengeluh. Seperti ada sesuatu yang bisa membuatku berduka.
"Ami, macam biasalah, aku tumpang kau tau." Aku menegur Ami.
"Ok, jomlah, kelas aku dah nak mula." Katanya.
Aku mempercepatkan langkahku menyiapkan diri. Tidakku lupa untuk menyembur haruman kegemaranku yang sangat membuatku terpesona. Mungkin bukan aku sahaja yang terpesona tetapi si Kemboja juga. Dia pernah berbicara kepadaku bahawa bauku ini membuatkan dia suka. Masyallah! Wangi sangat ke. Nasib nasib baik aku dilahirkan sebagai golongan kaum adam, jika tidak bertimbunlah dosaku. Aku menyarungkan kasut secepat mungkin.
Aku keseorangan di perpustakaan sementara menunggu ketibaan waktu peperiksaan. Kulihat Si Man sibuk mengulangkaji pelajaran. Aku pun turut serta menyibukkan diri.
Aku berpuas hati dengan apa yang aku mampu lakukan ketika peperiksaan tadi. Cuma mungkin sahaja banyak formula-formula yang perlu dihafal membuatku terpinga-pinga tatkala menjawab soalan itu tadi. Habis sahaja peperiksaan, aku teringat bahawa ada perjumpaan yang perlu aku hadiri. Lantaran itu, aku terus sahaja mengambil beg serta mengajak Ira menemani aku sekali berjalan kaki menuju ke Bangunan tersergam indah berlatar belakangkan laluan Taj Mahal.
Kami sampai di bilik perjumpaan. Si dia di situ, lama sungguh aku tidak melihatnya. Hilang rasa rinduku walaupun aku tidak sepatutnya menanamkan perasaan itu. Tetapi lantaklah, dia sahabatku. Kami terus sahaja berbual seperti biasa sehingga aku mendengar berita yang agak mengejutkan diriku.
"Alar, mana boleh, kan hari isnin tu nak hantar Si Dia naik kat airport, dia kan dah dapat jadi juruterbang." Aku terpana buat seketika, tidak tahu dimana harus aku sembunyikan perasaanku ketika itu. Terkesima aku mendengar ayat itu. Betul! dia akan pergi, membawa dirinya nun jauh di sana. Aku tidak dapat mengawal perasaanku ketika itu. Hatiku hiba, mungkin sedikit terasa dengan pemergiannya walaupun aku tahu belum masanya. Aku mengambil tempat yang agak berjarak sedikit dari mereka.
"Fiq, asal aku tengok ko lain je?" Tegur Ira padaku.
" Entah, aku pun tak tahu, dia dah dapat ek masuk jadi pilot?" Aku berpura-pura tanya akan soalan yang semenangnya telahpun diketahui jawapannya.
" Ha ah, ko nampak sedih." Ira menegur.
"Ye kot." balasku pendek.
Saat itu, mungkin Ira sahaja yang perasan akan perubahan air mukaku. Namun perubahan itu aku cuba ubahkan kembali. Aku menceriakan diriku dengan melakukan kerja-kerja seperti membalut hamper dan hadiah.
Semuanya sepakat membantu membuatkan kerja yang susah menjadi bertambah mudah. Fikiranku masih memikirkan tentang pelawaan mereka yang mengajakku menonton wayang malam itu. Aku kepenatan sebenarnya, tetapi inilah waktunya aku boleh meluahkan.
Kakiku berat melangkah masuk ke bilik, melihat pada pintu bilik, sangkaan hatiku tak lain dan tidak bukan, pasti dia sudah berada dalam bilik.
"Assalamualaikum." Aku menegurnya. Si dia tersengih-sengih memandangku. Aku melihatnnyakembali sambil tersengih seperti si dia. Akhirnya aku bersuara.
"Sampai hati kau tak bagitahu aku kan? Sampai aku nak kena curi-curi dengar baru lah aku dapat tahu yang kau dah nak pergi." Dia tersenyum. Akhirnya macam-macam yang kami sembangkan pada saat itu. Si dia akan melanjutkan kursusnnya di Kelantan. Tidaklah jauh sangat, tetapi kami sahabat-sahabat seperti menganggap bahawa dia akan pergi nun jauh beribu batu.
Kami berbual sehingga terlupa akan perlawaan Si Kemboja sehingga dia membuat panggilan barulah kami tersedar.
Makan malam kami amat menggembirakan kerana segalanya dapat diluahkan. Aku gembira saat itu. Persahabatan kami seperti terjalin semula setelah ombak badai yang menghantui. Benarlah kata orang, di dalam persahabatan jika tiada pasang surutnya maka kita tidak terlalu menghargainya. Selepas apa yang terjadi, pintaku hanyalah satu, semoga persahabatan yang dibina menjadi semakin rapat......
No comments:
Post a Comment