Tuesday, May 6, 2008

Abg Taufiq oh Abg Taufiq!!!

Abg Taufiq oh Abg Taufiq.. uwekk, bagaikan hendak terkeluar segala isi-isi perutku tatkala otakku ligat mendengar perkataan itu. Sebenarnya, aku telah mendapat satu berita, tidak tahu samada berita ini boleh dikatakan gembira atau letih untuk aku mendengarnnya. Aku telah berjaya untuk menjadi Fasilitator untuk kemasukan Jun universiti aku. Alamak! Pada mulanya aku rasa macam nak tolak sahaja tawaran ini, tapi apabila memikirkan balik aku juga yang beriya-iya nak pergi temuduga suatu ketika dahulu. Lagipun jikalau aku menolak tawaran ini, nama aku akan disenaraihitamkan buat selama-lamanya (kata senior). Apa pun aku terima sahajalah tawaran ini. Boleh juga mengisi masa luang aku daripada duduk bersahaj di rumah. Program ini akan dimulakan 2 minggu awal sebelum Sem 1 08/09 dimulakan. Maksudnya, ketika orang lain dapat bercuti dua minggu lagi, aku telah diarahkan untuk mendaftarkan diri sebagai Faci.....
Hari ini merupakan hari yang agak membosankan bagi aku. Entahlah, mungkin kerana aku tidak bertemu dengan sahabat2ku. Tiada sesiapa yang nak bergelak ketawa dengan aku. Salah satu kelas dibatalkan, tetapi kakiku melangkah laju sahaja menyusuri laluan Taj Mahal, laluan yang digelar oleh senior2ku sewaktu minggu orientasi. Aku ternampak kelibat seorang rakanku berjalan juga menyusuri laluan yang sama, sangkaanku mungkin dia juga hendak menuju ke kelas yang sememangnya telah dibatalkan, Mungkin dia tidak tahu akan berita tersebut.
" Lisha(bukan nama sebenar), kau nak pergi mana?" soalku sambil bergerak pantas supaya langkahku seiring langkahnya.
" Pergi kelaslah, kan ada tutorial?" jawabnya sambil memandang wajahku. Redup matanya memandangku.
" Takkan Lisha tak tahu yang kelas dibatalkan?" soalku kembali.
" Eh, biar betul, alar, baik balik jer." Lisha mengerutkan dahinya.
" Lisha tak payah balik dulu la, jom kita pergi check kelas tu ada ke tak." Aku memberi cadangan yang sememangnya tak masuk akal. Sudah terang-terangan dinyatakan bahawa kelas dibatalkan. Mungkin aku hendak berteman, jadi sengaja aku mengajaknya sekali.
Sesampainya di kelas, suasana kosong. Tiada seorang manusia mahupun kelibat pelajar yang berada di situ. Sah! kelas dibatalkan.
" Alar, memang kelas cancel lar. Nak balik 2 jam lagi ada kelas. Macam penatnya sahaja nak pergi balik." Ngomelnya kepadaku.
"Oklah, jom kita pergi lepak-lepak dulu kat kafe, baru pukul 10.15 pagi, jom gi makan. Tetapi sebelum itu, aku nak pergi Registrar dahulu, ada benda aku nak tengok." Cadangku kepadanya.
Lisha turun dahulu ke Kafe sementara aku menyelesaikan kerja aku di Registrar. Memang sah nama aku ada, nak tak nak, terpaksa juga aku bagi saiz baju kan! Dalam pada itu, aku terpandangkan kelibat Resh yang sedang membincankan sesuatu dengan rakan-rakan persatuannya. Mataku dan matanya bertentang. Mesti dia nak panggil aku. Desis hati kecilku.
" Taufiq, can u give me some time because there is something that i have to discuss with you." Resh menyapaku.
"Ok, Resh. Hold on ya because i have something to do first." pintaku kembali.
"Ok, no problem." jawabnya lalu menyambung kembali perbualannnya dengan rakan-rakan persatuannya yang sememangnya aku kenal.
Aku terus mencuba saiz-saiz baju yang ada. Mulanya aku mencuba saiz M, tetapi kecil sikit. L lah jawapannya.
" I wanna ask you about the kelip-kelip project, u will follow us right?" soalnya kepadaku.
" Yes, of course i will follow, but why?" soalku kembali.
"Because this weekend we will conduct a Training for you all ok."
"Oh, no problem Resh. I will attend the programme, dont worry but after my MUET test ok." jawabku kembali ceria.
"Ok, no problem, see you later."
Di kafe aku melihat Lisha yang sedang berdiri menunggu hidangan roti canainya, rupa-rupanya Man pun ada sekali. Mungkin dia pun malas nak balik memandangkan kelas kami akan bermula tak lama lagi.
Aku mengambil tempat betul-betul bersebelahan dengan tempat berkumpulnya ahli-ahli persatuan si Resh tu, mungkin mereka semua sibuk membincangkan tentang program Kelip-Kelip yang akan tiba tidak lama lagi.
"Hai Taufiq!" Kak Put menegurku.
"Hai." Balasku sambil melemparkan senyuman kepadanya.
Sibuk betul mereka di situ, Abg Maru pun ada! Abg yang naik Kelisa tu pun ada.
"Taufiq, x makan ke?" Lisha menegurku. Aku hanya menongkatkan dagu di atas meja.
"Tak lapar lagi lah, tengok lah kejap-kejap lagi ke." Jawabku. Sememangnya perutku tidak dapat menerima apa-apa ketika itu. Kenyang kot minum Teh O ais Limau awal pagi tadi. Aku mengelamun panjang. Fikiranku tertumpu pada roti telur Lisha, nampak menyelerakan.
" Kadang-kadang mak Lisha selalu cakap dia sakit tangan, kaki. Dia kata dia terasa ada yang ikat kakinya dan macam-macam lagi. Lisha pun dah jadi tak larat dengan semua ini." Keluh Lisha, dia sedang bersembang dengan Man yang berada di sebelahku.
" Kenapa dengan mak Lisha?" soalku yang hilang tumpuan sebentar tadi.
" Lisha rasa ada orang yang kenakan mak Lisha lar sebab dia selalu sakit-sakit bila malam. Bila siang dia sihat tapi bila malam memang Lisha tengok dia macam berubah, takut Lisha tengok"
" Mak Lisha kerja ke?" soalku yang mula tertarik dengan ceritanya.
" Ha ah, dia buka kedai makan." Jawabnya Lisha.
Otakku terus ligat memikirkan sesuatu, aku dah dapat agak, ni mestu pasal kes dengki ni. Maklum sajalah kalau dalam dunia perniagaan ini mana ada orang yang tak dengki. Semuanya tamak, tidak mahu menerima rezeki yang semenagnya telah ditetapkan tuhan.
"Selalu tak Lisha jumpa tangkal apa-apa kat rumah Lisha?" Soalku dengan penuh teliti seolah-olah sedang menyiasat sesuatu.
" Dah selalu sangat Taufiq, sampai dah biasa dah pun. Kat dalam pasu, kat depan pagar, kat belakang rumah, sampaikan dalam bekas gula pun boleh ada." Jawabnya selamba.
Seram sejukku mendengar ceritanya. Man yang berada di sebelahku juga turut khusyuk mendengar cerita Lisha. Sambil itu dia akan mengerutkan mukanya juga, mungkin terkejut dengan cerita Lisha termasuklah aku. Macam-macam yang diceritkan Lisha pasal emakknya, seksanya aku mendengarnya. Manusia sekarang memang macam ini, tidak pernah fikirkan azab akhirat. Mungkin di dunia dia akan berasa senang tetapi di akhirat belum tentu balanya.
Akhirnya masa selama dua jam berlalu dengan begitu sahaja. Tidak terasa pun, mungkin masing2 khusyuk mendengar cerita Lisha.
" Eh2, jomlah pergi kelas, dah waktunya sekarang." Kami bergerak ke tingkat empat menuju kelas. Calculus, hadap jelah.

No comments: