Terbit sahaja mentari, si dia tiada. Menemani rakannya sangka hatiku. Aishh, macam nak lari pulak. Aku terus sahaja bangun membersihkan diri, bosan keseorangan di bilik, aku mengambil kesempatan untuk keluar bersama Ami.
"Ami, aku ikut kau, bosan lah." jerit aku pada Ami yang sedang berada di dalam bilik air.
"Arh, yelah." jawabnya bersahaja.
Aku terus sahaja menyiapkan diri. Cuba menyaingi dirinya yang sudah siap berkemas dengan bajunya yang di 'tuck-in'.
Fikiranku melayang tatkala Ami memandu menuju ke kelas. Angin sepoi-sepoi bahasa meniup ruang2 mataku yang terbuka luas mengadap langit ciptaan illahi. Mataku sedikit pedih dengan tiupan angin itu.
Kami turun di bangunan yang dituju, aku terus sahaja melangkah menyusuri laluan Taj Mahal. Aku berkira-kira untuk berjumpa tutorku. Ingin membincangkan mengenai soalan-soalan yang tak terjawab semalam. Kakiku melangkah masuk ke kafe yang tersedia, aku terus sahaja memesan roti telur. Sebenarnya, aku teringat akan roti telur yang dimakan oleh Lisha dulu kelmarin, nampak menyelerakan.
"Eh, u yang bayar dahulu, bukan saya." tegur Mr. Amnah kepadaku.
"Its ok, Mr. Amnah first." Senyumku kembali kepadanya. Macam tahu-tahu sahaja aku nak jumpa dia.
"Mr Amnah, kejap lagi saya nak jumpa boleh? Nak tanya beberapa soalan?" Aku memandangnya.
"Oh, sudah tentu bolehnya, datanglah." Jawabnya kembali dalam loghat indonesia. Mr. Amnah memang warganegara Indonesia. Dulu aku pernah bertanya tentang dirinya, melihat kepada loghatnya yang sedikir pelik menyebabkanku tertarik untuk menanyakan asal-usulnya.
Aku terus sahaja menjamah roti canai yang dipesan sebentar tadi. Huh!! keluhku. Dulu orang-orang kafe ini panggil KAMI geng limau. Tersenyum aku mengenangkannya kembali. Teh o ais limau, limau ais, sirap limau, limau suam, semuanya berasakan limau. Memang patutlah geng limau. Aku tersenyum lagi. Agaknya kalau ada yang melihat diriku ketika itu, mesti mereka memikirkan yang salah satu skru tercabut dari otakku, mana tidaknya, asyik tersengih-sengih. Ah! biarlah mereka semua nak kata apa pun.
Habis sahaja menjamah makananku, aku terus melangkah keluar dari kafe itu dan ketika itu aku teringat akan Ira, terus sahaja aku mencapai telefon bimbitku dan mendail nombornya.
"Ira, kau kat mana?" soalku
"Aku nak pergi kelaslah" jawabnya mengah. Rupanya dia sedang berjalan. Patutlah, desis hatiku.
"Aku pun kat sini, aku tunggu kau ye. Lama tak sembang dengan kau." Suaraku ceria.
"Ok. Tunggu aku kat situ!" Jawabnya ceria kembali.
Tidak sampai seminit aku ternampak kelibatnya masuk ke bangunan utama universitiku.
"Hai Ira." Terus sahaja aku menyapa dirinya yang kelihatan termengah-mengah.
"Woi, letih aku berjalan." Katanya sambil meletakkan beg di atas kerusi.
" Apa cerita kau sekarang, dah ok ke?" soalnya
"Ok apa, aku biasa jelah. Lama tak sembang dengan kau Ira. Dah lah semalam kau tak layan pun aku." Aku mencebik muka.
"Tapi hari ni aku dah ok." Katanya ceria. Bertambah seri mukanya dipalit solekan yang sederhana.
Lama aku dan dia bersembang. Maklum sahajalah, kami jarang berjumpa semester ini. Kalau jumpa pun sekejap-sekejap sahaja. Mungkin kerana sudah tidak sama kelas. Saat itu, kelibat kemboja kelihatan, mataku terpandang akan dirinya.
'Alamak, dia nampak. Mesti dia fikir lain macam ni." Hati kecilku berbisik.
"Oklah Ira, pergilah naik kelas. Aku pun ada kelas kejap lagi."
"Ok, jumpa lagi kau nanti." Jawab Ira. Puas dia memujuk aku untuk turut menyertai kelasnya tetapi puas juga aku menolak. Nanti lain pula yang difikir mereka. Dengan Ira boleh pula.
Masa berlalu dengan pantas. Jam tanganku sudah menunjukkan pukul 1 petang. Aku menuju ke foodcourt untuk mengisi perutku yang mula menggeliang-geliutkan bunyinya. Sampai sahaja di foodcourt, aku terjumpa lagi Ira.
"La, jumpa lagi kau." soalnya sambil tersenyum. Bersamanya ialah Nurul. Punyalah kecoh aku bertegur sapa dengan Nurul.
Pulang sahaja ke bilik, si dia tiada. Aku mengantuk! Aku letih! Aku terus sahaja merebahkan diri di atas katil dan fikiranku kosong dan gelap. Aku terlelap akhirnya..
1 comment:
pergh. ayat cm novel! -ainrox-
Post a Comment