Tuesday, May 27, 2008

Kata Itu...Ku Tahu...

Lirikan matamu,
Pandangan Hatimu,
Sinaran jiwamu,
Pancaran nalurimu,

Sesungguhnya bisa membuatku bisu,
Bisu untuk berkata-kata,
Tidak terluah rasanya budi bicara,
Bicara hambar menggigit jiwa.

Hari berganti hari,
Masa berganti masa,
Siang berganti malam,
Pagi berganti petang.

Bergalang ganti,
Belum tentu terganti diri,
Walaupun jiwa mudah selami,
Seruan kecil hati sanubari.

Lubuk hati tersua kata,
Kata yang bisa mengganggu minda,
Jiwanya yang sentiasa meronta-meronta,
Dibelainya manja hilang derita.

Ilham hati,
Al-firas..

Thursday, May 22, 2008

Well, Kelip-Kelip is done! Pintar is coming!

Program kelip-kelip yang berlangsung selama 3 hari 2 malam di Kg. Kuantan akhirnya menutup tirainya dengan pelbagai ragam serta kegembiraan. Program yang telah diadakan ini memberi kesan positif terhadap diriku dari segi pergaulan sesama saudara islam dan juga sesama pelajar UNITEN serta staf TNB. Pelajar-pelajar telah ditempatkan bersama ibu serta bapa angkat mereka bagi menjayakan program ini.


Hari Pertama

Kami sampai tepat pukul 9.00 pagi. Ketika itu, ramai orang kampung sudah siap menunggu ketibaan kami. Aku gembira saat itu. Ku fikir apabila aku turun sahaja dari bas uniten, akan ada seorang daripada mereka akan mengkalungkan bunga kepadaku.. Hahahaha.... kami diarahkan masuk ke dalam balai raya untuk sesi pembahagian anak angkat. Saat itu, aku terkedu, fieona pun terkedu. Mana tidaknya, keadaan yang kami hadapi adalah seperti di dalam televisyen di mana seorang ketua kampung berucap di hadapan, di sebelahnya orang kuatnya, dan di sebelahnya mungkin imam kampung. Aku dan Fiena hanya tersenyum. Sangkaanku seperti orang kampung yang hendak berpolitik. Aku mendapat emak angkat yang agak sporting.. Syukur...

Petang itu, aktiviti diteruskan dengan acara bersukan 'futsal'. Kemboja, Ira, Siti, Lina, Fieona semuanya main. Tinggal Nurul sahaja yang segan.


Malamnya diteruskan dengan acara malam kebudayaan. Saat itu sekali lagi aku termenung, ini dah macam style cerita mamat khalid. takpun macam cerita Man Laksa. Sempat juga aku menyanyi sampai tiga lagu malam itu. Malam itu menjadi bertambah rancak apabila kami sahabat berjoget mengikut rentak-rentak lagu. Ala-ala cerita dulu-dulu pula.

Berpesta sampai ke malam hari itu, keadaan meriah. Aku pulang untuk mencari kedamaian......

Hari Kedua


Pagi-pagi lagi sepasukan tutor( terdiri daripada kami semua) telah diarahkan untuk bergerak ke SAAS untuk menjadi tutor kepada 60 puluh pelajar sekolah yang akan menduduki UPSR.

Aku dapat satu kumpulan dengan hisyam,rini, fieona,siti, lina. Keadaan menjadi bertambah meriah apabila tutor kumpulan kami iaitu aku, fieona dan semua-semua dibooking untuk menyanyi dengan anak-anak buah kumpulan lain. Pizza hut, Mc Donalds lar......

Kami semua mengajar mereka sehingga pukul 5.00 petang.

Malamnya pula, kami semua dibawa melawat Kelip-Kelip. Caranya senang, kami akan menaiki sampan untuk melihat Kelip-Kelip di sepanjang sungai, seronok kan!!!

Pulang sahaja dari melihat Kelip-Kelip, kami dibawa ke SAAS kembali untuk menguruskan barang-barang penyediaan untuk Hari keluarga esok. Letih bukan main... Akhirnya dapat juga aku Selimut Mata....

Hari Ketiga (Hari Terakhir)


Pagi-pagi lagi kami telah pergi ke SAAS membuat persiapan terakhir. Banyak juga yang hendak dibuat. Keadaan sedikir tidak terurus. Tetapi nasib baik antara kami, ada yang pandai juga menguruskan sendiri. Banyak hadiah yang disediakan..

Habis sahaja Hari Keluarga tersebut, aku pulang ke rumah angkat aku, sebelum balik sempat lagi bergosip dengan mak angkat aku.. Hahahaha..

Akhirnya, masa yang ditunggu telahpun tiba, Kami bersalaman dan Bas Uniten pun meninggalkan perkarangan Kg. Kuantan ataupun Kg. Tanjung Siam..... Semoga berjumpa lagi keluarga angkatku.........

Friday, May 16, 2008

Akhirnya.... Dia terbang di awan biru.....

Akhirnya segalanya telah terungkai, kata-kata yang bisa menggigit jiwa telahpun diluahkan dari jiwa yang berduka lara, dari jiwa yang gundah gulana serta dari jiwa yang serba tak kena. Hati ini berasa lega seketika, diriku ini mahu menjadi diriku itu, hatiku ini mahu jadi hatiku itu, perasaanku ini, mahu jadi perasaanku itu. Buat seketika, diri rasa terpana dengan ketulusan hati yang berkata-kata. Tidak menyangka diri tersentuh dengan keadaan yang menyentuh. Dalam dilema, hatiku, perasaanku, jiwaku berbicara untuk dilepaskan. Akhirnya....


Setelah penat lelah menelaah pelajaran seharian, akhirnya waktu yang ditunggu menjelang tiba. Ujian fizik pertama akan diadakan tepat pukul 4.30 petang. Namun pada hari itu, aku mengambil inisiatif untuk keluar awal dari biasa, seawal pukul 8.30 pagi. Rakanku semuanya pelik melihat tingkahlakuku yang bersiap seawal pagi itu sedangkan sudah terang-terangan dinyatakan bahawa hari itu, aku tiada kelas. Aku memaksa diriku bangkit dari tidur, si dia tiada, aku merenung ke luar tingkap. Buat seketika aku mengeluh, tidak tahu mengapa aku perlu mengeluh. Seperti ada sesuatu yang bisa membuatku berduka.


"Ami, macam biasalah, aku tumpang kau tau." Aku menegur Ami.


"Ok, jomlah, kelas aku dah nak mula." Katanya.


Aku mempercepatkan langkahku menyiapkan diri. Tidakku lupa untuk menyembur haruman kegemaranku yang sangat membuatku terpesona. Mungkin bukan aku sahaja yang terpesona tetapi si Kemboja juga. Dia pernah berbicara kepadaku bahawa bauku ini membuatkan dia suka. Masyallah! Wangi sangat ke. Nasib nasib baik aku dilahirkan sebagai golongan kaum adam, jika tidak bertimbunlah dosaku. Aku menyarungkan kasut secepat mungkin.


Aku keseorangan di perpustakaan sementara menunggu ketibaan waktu peperiksaan. Kulihat Si Man sibuk mengulangkaji pelajaran. Aku pun turut serta menyibukkan diri.


Aku berpuas hati dengan apa yang aku mampu lakukan ketika peperiksaan tadi. Cuma mungkin sahaja banyak formula-formula yang perlu dihafal membuatku terpinga-pinga tatkala menjawab soalan itu tadi. Habis sahaja peperiksaan, aku teringat bahawa ada perjumpaan yang perlu aku hadiri. Lantaran itu, aku terus sahaja mengambil beg serta mengajak Ira menemani aku sekali berjalan kaki menuju ke Bangunan tersergam indah berlatar belakangkan laluan Taj Mahal.


Kami sampai di bilik perjumpaan. Si dia di situ, lama sungguh aku tidak melihatnya. Hilang rasa rinduku walaupun aku tidak sepatutnya menanamkan perasaan itu. Tetapi lantaklah, dia sahabatku. Kami terus sahaja berbual seperti biasa sehingga aku mendengar berita yang agak mengejutkan diriku.


"Alar, mana boleh, kan hari isnin tu nak hantar Si Dia naik kat airport, dia kan dah dapat jadi juruterbang." Aku terpana buat seketika, tidak tahu dimana harus aku sembunyikan perasaanku ketika itu. Terkesima aku mendengar ayat itu. Betul! dia akan pergi, membawa dirinya nun jauh di sana. Aku tidak dapat mengawal perasaanku ketika itu. Hatiku hiba, mungkin sedikit terasa dengan pemergiannya walaupun aku tahu belum masanya. Aku mengambil tempat yang agak berjarak sedikit dari mereka.


"Fiq, asal aku tengok ko lain je?" Tegur Ira padaku.


" Entah, aku pun tak tahu, dia dah dapat ek masuk jadi pilot?" Aku berpura-pura tanya akan soalan yang semenangnya telahpun diketahui jawapannya.


" Ha ah, ko nampak sedih." Ira menegur.


"Ye kot." balasku pendek.


Saat itu, mungkin Ira sahaja yang perasan akan perubahan air mukaku. Namun perubahan itu aku cuba ubahkan kembali. Aku menceriakan diriku dengan melakukan kerja-kerja seperti membalut hamper dan hadiah.

Semuanya sepakat membantu membuatkan kerja yang susah menjadi bertambah mudah. Fikiranku masih memikirkan tentang pelawaan mereka yang mengajakku menonton wayang malam itu. Aku kepenatan sebenarnya, tetapi inilah waktunya aku boleh meluahkan.

Kakiku berat melangkah masuk ke bilik, melihat pada pintu bilik, sangkaan hatiku tak lain dan tidak bukan, pasti dia sudah berada dalam bilik.

"Assalamualaikum." Aku menegurnya. Si dia tersengih-sengih memandangku. Aku melihatnnyakembali sambil tersengih seperti si dia. Akhirnya aku bersuara.

"Sampai hati kau tak bagitahu aku kan? Sampai aku nak kena curi-curi dengar baru lah aku dapat tahu yang kau dah nak pergi." Dia tersenyum. Akhirnya macam-macam yang kami sembangkan pada saat itu. Si dia akan melanjutkan kursusnnya di Kelantan. Tidaklah jauh sangat, tetapi kami sahabat-sahabat seperti menganggap bahawa dia akan pergi nun jauh beribu batu.

Kami berbual sehingga terlupa akan perlawaan Si Kemboja sehingga dia membuat panggilan barulah kami tersedar.

Makan malam kami amat menggembirakan kerana segalanya dapat diluahkan. Aku gembira saat itu. Persahabatan kami seperti terjalin semula setelah ombak badai yang menghantui. Benarlah kata orang, di dalam persahabatan jika tiada pasang surutnya maka kita tidak terlalu menghargainya. Selepas apa yang terjadi, pintaku hanyalah satu, semoga persahabatan yang dibina menjadi semakin rapat......








Friday, May 9, 2008

Kami.

Terbit sahaja mentari, si dia tiada. Menemani rakannya sangka hatiku. Aishh, macam nak lari pulak. Aku terus sahaja bangun membersihkan diri, bosan keseorangan di bilik, aku mengambil kesempatan untuk keluar bersama Ami.
"Ami, aku ikut kau, bosan lah." jerit aku pada Ami yang sedang berada di dalam bilik air.
"Arh, yelah." jawabnya bersahaja.
Aku terus sahaja menyiapkan diri. Cuba menyaingi dirinya yang sudah siap berkemas dengan bajunya yang di 'tuck-in'.
Fikiranku melayang tatkala Ami memandu menuju ke kelas. Angin sepoi-sepoi bahasa meniup ruang2 mataku yang terbuka luas mengadap langit ciptaan illahi. Mataku sedikit pedih dengan tiupan angin itu.
Kami turun di bangunan yang dituju, aku terus sahaja melangkah menyusuri laluan Taj Mahal. Aku berkira-kira untuk berjumpa tutorku. Ingin membincangkan mengenai soalan-soalan yang tak terjawab semalam. Kakiku melangkah masuk ke kafe yang tersedia, aku terus sahaja memesan roti telur. Sebenarnya, aku teringat akan roti telur yang dimakan oleh Lisha dulu kelmarin, nampak menyelerakan.
"Eh, u yang bayar dahulu, bukan saya." tegur Mr. Amnah kepadaku.
"Its ok, Mr. Amnah first." Senyumku kembali kepadanya. Macam tahu-tahu sahaja aku nak jumpa dia.
"Mr Amnah, kejap lagi saya nak jumpa boleh? Nak tanya beberapa soalan?" Aku memandangnya.
"Oh, sudah tentu bolehnya, datanglah." Jawabnya kembali dalam loghat indonesia. Mr. Amnah memang warganegara Indonesia. Dulu aku pernah bertanya tentang dirinya, melihat kepada loghatnya yang sedikir pelik menyebabkanku tertarik untuk menanyakan asal-usulnya.
Aku terus sahaja menjamah roti canai yang dipesan sebentar tadi. Huh!! keluhku. Dulu orang-orang kafe ini panggil KAMI geng limau. Tersenyum aku mengenangkannya kembali. Teh o ais limau, limau ais, sirap limau, limau suam, semuanya berasakan limau. Memang patutlah geng limau. Aku tersenyum lagi. Agaknya kalau ada yang melihat diriku ketika itu, mesti mereka memikirkan yang salah satu skru tercabut dari otakku, mana tidaknya, asyik tersengih-sengih. Ah! biarlah mereka semua nak kata apa pun.
Habis sahaja menjamah makananku, aku terus melangkah keluar dari kafe itu dan ketika itu aku teringat akan Ira, terus sahaja aku mencapai telefon bimbitku dan mendail nombornya.
"Ira, kau kat mana?" soalku
"Aku nak pergi kelaslah" jawabnya mengah. Rupanya dia sedang berjalan. Patutlah, desis hatiku.
"Aku pun kat sini, aku tunggu kau ye. Lama tak sembang dengan kau." Suaraku ceria.
"Ok. Tunggu aku kat situ!" Jawabnya ceria kembali.
Tidak sampai seminit aku ternampak kelibatnya masuk ke bangunan utama universitiku.
"Hai Ira." Terus sahaja aku menyapa dirinya yang kelihatan termengah-mengah.
"Woi, letih aku berjalan." Katanya sambil meletakkan beg di atas kerusi.
" Apa cerita kau sekarang, dah ok ke?" soalnya
"Ok apa, aku biasa jelah. Lama tak sembang dengan kau Ira. Dah lah semalam kau tak layan pun aku." Aku mencebik muka.
"Tapi hari ni aku dah ok." Katanya ceria. Bertambah seri mukanya dipalit solekan yang sederhana.
Lama aku dan dia bersembang. Maklum sahajalah, kami jarang berjumpa semester ini. Kalau jumpa pun sekejap-sekejap sahaja. Mungkin kerana sudah tidak sama kelas. Saat itu, kelibat kemboja kelihatan, mataku terpandang akan dirinya.
'Alamak, dia nampak. Mesti dia fikir lain macam ni." Hati kecilku berbisik.
"Oklah Ira, pergilah naik kelas. Aku pun ada kelas kejap lagi."
"Ok, jumpa lagi kau nanti." Jawab Ira. Puas dia memujuk aku untuk turut menyertai kelasnya tetapi puas juga aku menolak. Nanti lain pula yang difikir mereka. Dengan Ira boleh pula.
Masa berlalu dengan pantas. Jam tanganku sudah menunjukkan pukul 1 petang. Aku menuju ke foodcourt untuk mengisi perutku yang mula menggeliang-geliutkan bunyinya. Sampai sahaja di foodcourt, aku terjumpa lagi Ira.
"La, jumpa lagi kau." soalnya sambil tersenyum. Bersamanya ialah Nurul. Punyalah kecoh aku bertegur sapa dengan Nurul.
Pulang sahaja ke bilik, si dia tiada. Aku mengantuk! Aku letih! Aku terus sahaja merebahkan diri di atas katil dan fikiranku kosong dan gelap. Aku terlelap akhirnya..

Wednesday, May 7, 2008

Cahaya!!!

Ku teringat hati
Yang bertabur mimpi
Kemana kau pergi
Cinta.....

Perjalanan sunyi
Engkau tempuh sendiri
Kuatkanlah hati
Cinta.....

Ingatkan engkau
Kepada embun bersahaja
Yang menemanimu sebelum cahaya..

Ingatkan engkau
Kepada angin yang berhembus mesra
Yang kan membelaimu
Cinta......

Kekuatan hati yang berpegang janji
Genggamlah tanganku
Cinta......

Ku tak akan pergi
Meninggalkanmu sendiri
Temani hatimu
Cinta.......

Tuesday, May 6, 2008

Abg Taufiq oh Abg Taufiq!!!

Abg Taufiq oh Abg Taufiq.. uwekk, bagaikan hendak terkeluar segala isi-isi perutku tatkala otakku ligat mendengar perkataan itu. Sebenarnya, aku telah mendapat satu berita, tidak tahu samada berita ini boleh dikatakan gembira atau letih untuk aku mendengarnnya. Aku telah berjaya untuk menjadi Fasilitator untuk kemasukan Jun universiti aku. Alamak! Pada mulanya aku rasa macam nak tolak sahaja tawaran ini, tapi apabila memikirkan balik aku juga yang beriya-iya nak pergi temuduga suatu ketika dahulu. Lagipun jikalau aku menolak tawaran ini, nama aku akan disenaraihitamkan buat selama-lamanya (kata senior). Apa pun aku terima sahajalah tawaran ini. Boleh juga mengisi masa luang aku daripada duduk bersahaj di rumah. Program ini akan dimulakan 2 minggu awal sebelum Sem 1 08/09 dimulakan. Maksudnya, ketika orang lain dapat bercuti dua minggu lagi, aku telah diarahkan untuk mendaftarkan diri sebagai Faci.....
Hari ini merupakan hari yang agak membosankan bagi aku. Entahlah, mungkin kerana aku tidak bertemu dengan sahabat2ku. Tiada sesiapa yang nak bergelak ketawa dengan aku. Salah satu kelas dibatalkan, tetapi kakiku melangkah laju sahaja menyusuri laluan Taj Mahal, laluan yang digelar oleh senior2ku sewaktu minggu orientasi. Aku ternampak kelibat seorang rakanku berjalan juga menyusuri laluan yang sama, sangkaanku mungkin dia juga hendak menuju ke kelas yang sememangnya telah dibatalkan, Mungkin dia tidak tahu akan berita tersebut.
" Lisha(bukan nama sebenar), kau nak pergi mana?" soalku sambil bergerak pantas supaya langkahku seiring langkahnya.
" Pergi kelaslah, kan ada tutorial?" jawabnya sambil memandang wajahku. Redup matanya memandangku.
" Takkan Lisha tak tahu yang kelas dibatalkan?" soalku kembali.
" Eh, biar betul, alar, baik balik jer." Lisha mengerutkan dahinya.
" Lisha tak payah balik dulu la, jom kita pergi check kelas tu ada ke tak." Aku memberi cadangan yang sememangnya tak masuk akal. Sudah terang-terangan dinyatakan bahawa kelas dibatalkan. Mungkin aku hendak berteman, jadi sengaja aku mengajaknya sekali.
Sesampainya di kelas, suasana kosong. Tiada seorang manusia mahupun kelibat pelajar yang berada di situ. Sah! kelas dibatalkan.
" Alar, memang kelas cancel lar. Nak balik 2 jam lagi ada kelas. Macam penatnya sahaja nak pergi balik." Ngomelnya kepadaku.
"Oklah, jom kita pergi lepak-lepak dulu kat kafe, baru pukul 10.15 pagi, jom gi makan. Tetapi sebelum itu, aku nak pergi Registrar dahulu, ada benda aku nak tengok." Cadangku kepadanya.
Lisha turun dahulu ke Kafe sementara aku menyelesaikan kerja aku di Registrar. Memang sah nama aku ada, nak tak nak, terpaksa juga aku bagi saiz baju kan! Dalam pada itu, aku terpandangkan kelibat Resh yang sedang membincankan sesuatu dengan rakan-rakan persatuannya. Mataku dan matanya bertentang. Mesti dia nak panggil aku. Desis hati kecilku.
" Taufiq, can u give me some time because there is something that i have to discuss with you." Resh menyapaku.
"Ok, Resh. Hold on ya because i have something to do first." pintaku kembali.
"Ok, no problem." jawabnya lalu menyambung kembali perbualannnya dengan rakan-rakan persatuannya yang sememangnya aku kenal.
Aku terus mencuba saiz-saiz baju yang ada. Mulanya aku mencuba saiz M, tetapi kecil sikit. L lah jawapannya.
" I wanna ask you about the kelip-kelip project, u will follow us right?" soalnya kepadaku.
" Yes, of course i will follow, but why?" soalku kembali.
"Because this weekend we will conduct a Training for you all ok."
"Oh, no problem Resh. I will attend the programme, dont worry but after my MUET test ok." jawabku kembali ceria.
"Ok, no problem, see you later."
Di kafe aku melihat Lisha yang sedang berdiri menunggu hidangan roti canainya, rupa-rupanya Man pun ada sekali. Mungkin dia pun malas nak balik memandangkan kelas kami akan bermula tak lama lagi.
Aku mengambil tempat betul-betul bersebelahan dengan tempat berkumpulnya ahli-ahli persatuan si Resh tu, mungkin mereka semua sibuk membincangkan tentang program Kelip-Kelip yang akan tiba tidak lama lagi.
"Hai Taufiq!" Kak Put menegurku.
"Hai." Balasku sambil melemparkan senyuman kepadanya.
Sibuk betul mereka di situ, Abg Maru pun ada! Abg yang naik Kelisa tu pun ada.
"Taufiq, x makan ke?" Lisha menegurku. Aku hanya menongkatkan dagu di atas meja.
"Tak lapar lagi lah, tengok lah kejap-kejap lagi ke." Jawabku. Sememangnya perutku tidak dapat menerima apa-apa ketika itu. Kenyang kot minum Teh O ais Limau awal pagi tadi. Aku mengelamun panjang. Fikiranku tertumpu pada roti telur Lisha, nampak menyelerakan.
" Kadang-kadang mak Lisha selalu cakap dia sakit tangan, kaki. Dia kata dia terasa ada yang ikat kakinya dan macam-macam lagi. Lisha pun dah jadi tak larat dengan semua ini." Keluh Lisha, dia sedang bersembang dengan Man yang berada di sebelahku.
" Kenapa dengan mak Lisha?" soalku yang hilang tumpuan sebentar tadi.
" Lisha rasa ada orang yang kenakan mak Lisha lar sebab dia selalu sakit-sakit bila malam. Bila siang dia sihat tapi bila malam memang Lisha tengok dia macam berubah, takut Lisha tengok"
" Mak Lisha kerja ke?" soalku yang mula tertarik dengan ceritanya.
" Ha ah, dia buka kedai makan." Jawabnya Lisha.
Otakku terus ligat memikirkan sesuatu, aku dah dapat agak, ni mestu pasal kes dengki ni. Maklum sajalah kalau dalam dunia perniagaan ini mana ada orang yang tak dengki. Semuanya tamak, tidak mahu menerima rezeki yang semenagnya telah ditetapkan tuhan.
"Selalu tak Lisha jumpa tangkal apa-apa kat rumah Lisha?" Soalku dengan penuh teliti seolah-olah sedang menyiasat sesuatu.
" Dah selalu sangat Taufiq, sampai dah biasa dah pun. Kat dalam pasu, kat depan pagar, kat belakang rumah, sampaikan dalam bekas gula pun boleh ada." Jawabnya selamba.
Seram sejukku mendengar ceritanya. Man yang berada di sebelahku juga turut khusyuk mendengar cerita Lisha. Sambil itu dia akan mengerutkan mukanya juga, mungkin terkejut dengan cerita Lisha termasuklah aku. Macam-macam yang diceritkan Lisha pasal emakknya, seksanya aku mendengarnya. Manusia sekarang memang macam ini, tidak pernah fikirkan azab akhirat. Mungkin di dunia dia akan berasa senang tetapi di akhirat belum tentu balanya.
Akhirnya masa selama dua jam berlalu dengan begitu sahaja. Tidak terasa pun, mungkin masing2 khusyuk mendengar cerita Lisha.
" Eh2, jomlah pergi kelas, dah waktunya sekarang." Kami bergerak ke tingkat empat menuju kelas. Calculus, hadap jelah.

Monday, May 5, 2008

Unexpected!! Surprised!! Ayat-Ayat Cinta...

Aduh, satu perkara yang memeranjatkan aku! hahaha!! Happy ke? Ke Sedih? dun know? biasa2 jer. Aku agak blur sewaktu diberitahu rakan-rakanku walhal, aku dah dapat agak, mungkin nak sembunyikan expresion muka aku yang sememangnya x sangka. Kawan-kawanku.. Aku tak tahu aku gembira atau aku bersedih? tapi kalau bersedih kenapa? Sepatutnya aku gembira atas kegembiraan orang lain. Tapi x pelar, mereka tetap sahabatku, ingat sahabatku bukannya rakan tetapi Sahabat (orang yang bertalian sehingga ke hujung nyawa,insyalaah). Apa yang boleh dikatakan Semoga Bahagia? Eh macam nak kahwin la plak! Kembojaku (aku semakin suka dengan bunga ni), tidaklah mungkin aku menjadi rapat seperti dahulu, aku tahu dia mungkin x kisah tapi i cant act as Fiq before. Mungkin kerana impak yang hadir terhadap diriku? Tetapi aku masih seperti dahulu, Firas juga! Hahahaha.. Baru aku teringat akan dua orang rakan studyku yang jarang join kita semenjak dua menjak ini? Harh! Mungkin aku boleh jadi seperti mereka. Boleh jadi kan. Im speechless! Hahaha, Sahabat2 ku, aku sayang akan anda semua. Entah kenapa ye? Cinta hadir tatkala bersahabat? Bertuah sahabat2ku, terutama dia yang bersamaku semenjak sem 1. Benarlah kata pujangga, Cinta itu tak mengenal sesiapa kan? Tetapi ingat, sahabatku, jagalah dia. Apa pun, aku tumpang gembira sebenarnya, mungkin ini adalah hadiah istimewa yang boleh membawanya nun jauh di sana...

Luahan Hatiku sekadar berbicara...


Oklah, hari ni aku dah beli buku cerita Ayat-Ayat Cinta. Jom luangkan masa membaca, Aish, dah nak dekat exam pun sempat nak bernovel2 nie... Aku tahu cerita nie dah lama, tapi baru sekarang aku ada hati nak baca. Njoy the Novel..

Long Time No See!! Story about novel..

Setelah hampir 3 bulan aku tidak pernah update blog aku, baru sekarang ada semangat balik nak update blog. Ok lah, aku mulakan cerita daripada apa yang aku ingat selama yang aku x pernah menulis 3 bulan ini. Pesta buku yang dah berlalu hampir 3 minggu setengah ek? lebih kurang la, memberi kepuasan kepada diriku kerana akhirnya aku dapat berjumpa dengan novelis kegemaranku iaitu Aina Emir, apa yang aku boleh katakan, orangnya agak sempoi dan biasa2 jer. Aku x sempat sangat nak berbual panjang dengannya memandangkan orang yang mengunjungi pesta buku tersebut juga bertambah. Jadi aku hanya meminta autograf darinya. Tidak kurang juga dengan penulis lain seperti Mimie Afinie, owh yer, bercakap pasal Mimie Afinie ni baru aku perasan waktu TOT( Training Of Trainers) yang aku pergi pagi tadi. Rupa-rupanya ada seorang team PRS ni adalah anak kepada Mimie Afinie, bukan main excited lagi aku minta dia kirim salam dekat mak dia. Untung-untung boleh jumpe yer!!

Bercakap pasal novelis2 yang aku jumpa nie, aku dah baca kedua2 buku baru yang dikeluarkan oleh Karnadya Solution hasil daripada novelis Aina Emir dan Mimie Afinie iaitu Hanya Kita Berdua dan Kalau Ada Jodoh.. inilah novelnya..






Cerita mereka berdua amat menarik sangat bagi aku. Hanya Kita Berdua banyak memberi pengajaran kepada kita dari segi perebutan harta keluarga, hubungan keluarga. Banyak memberi kesan dalam diri. Tapi cerita Kalau Ada Jodoh memang x senang duduk kalau dibaca. Aku asyik gelak 24 jam je. Memang pandai Mimie Afinie buat cerita. Aku gelak sampai terbahak-bahak hingga terbawa ke dalam tidur. Punya lah lawak, sampai adik aku tengok pun dia kata aku macam lah orang yang disampuk. Hahaha... Cerita walaupun banyak x banyak konflik tapi boleh tahan lah santainya. Seronok sebenarnya membaca, tak rugi aku tanamkan minat membaca, tambah2 lagi novel.



Tetapi aku rasa agak ketinggalan sedikit. Bila aku pergi untuk TOT tu, abg Roi ada cakap pasal buku bertajuk Ayat-Ayat Cinta karya Habibur Rahman. Sebelum ini aku tahu mengenai novel tersebut tetapi macam tiada respon nak beli. Lepas itu, aku ada meluangkan masa baca blog Aina Emir, baru aku perasan yang sebenarnya dia pun ada bercerita mengenai novel tersebut. Confirm aku akan cari novel tersebut( tiqa, esok jom gy Alamanda, aku nak gy MPH bookstore! ). Walaupun cerita Kau Laksana Bulan aku tahu ramai yang dah baca, tapi aku masih nak describe mengenainya lagi. Sold Out tu waktu Pesta Buku hari tu. Mungkin sebab cover die yang lawa kot. Tapi aku rasa sebab Aina Emir penulisnya, tul x? cuba tgk cover die. Cerita dia agak seronok bile anda sumer bace seolah2 andalah wataknya di dalam novel itu. Tapi bagi saya tentu membayangkan sebagai lelaki di dalam novel tu. Wah, kuat berangan. Tak rugi kalau anda membaca!! Lagi satu cerita yang sangat2 menarik walaupun aku dah lama baca lebih kurang tahun lepas aku baca iaitu Bunga-Bunga Kemboja sampaikan Aina Emir beritahu aku yang ramai lelaki suka sangat baca novel ni, aku senyum je kat dia. Sampai ada yang dtg jumpa dia kata novel tu best. Memang best! Baru aku tahu yang Fragipani Flowers adalah bunga kemboja. Rasa macam nak pergi sana je jumpa Nur Qahira.




Harh, itu baru bercerita part pesta buku yang aku pergi ditambah sikit2 benda yang terlintas kat kepala otak aku, memang tak cukup n tak larat nak menulis nie. Tapi 4 hari lepas aku pergi Alamanda MPH saja meronda2 dan dengan tidak semena2nya aku terjumpa novel terbaru dari Fauziah Asyaari iaitu Ombak Rindu 3.. sambungannya pula dari Cinta Tiada Akhirnya (Ombak Rindu 2). Aku bagitahu mak aku, dia kata nanti die beli. Arghh, nak tunggu dia pula. Sinopsis die yang aku ingat Izzah kembali pulih ingatan dia. best2..

Ada lagi, hari tu Kat cakap ngan aku. Dia suruh aku baca Bagaikan Puteri, katanya dia terpikat dengan Laksamana Sunan dalam cerita tersebut, jawabnya aku, Ramli Awang Mursyid! memang pandai berimaginasi! Novelis Thriller...

Papehal pun, aku rasa banyak faedahnya yang korg sumer leyh dapat, minat aku dalam membaca memang dah lama, tapi aku masih rasa tak puas. Ada jer benda yang nak dibaca aku!! Semoga berjumpa lagi!!