Sahabat...
Kata pujangga begitu bermakna,
Terselit seribu suka dan ria,
Terselit seribu duka dan lara.
Suka dan ria
Siang malam sentiasa bersama,
Menggapai erti gembira,
Gembira bersama di hujung cita,
Senyuman bibir menguntum sahaja,
Bak delima dimamah permata,
Delima hilang permata menjelma.
Duka dan lara,
Setitik duka.
Semua berlara,
Yang rapat menjadi sengketa,
Sengketa kata mencengkam hiba,
Perwatakan bicara hati terluka.
Namun
Sahabat itu tetap KITA,
Walau terpisah di mana jua.....
Luahan Rasa,
Al-Firas....
No comments:
Post a Comment