Wednesday, June 25, 2008

x paham-paham!!!

~ada orang ckp aq sombong!!!
~hello, ingat aku nie sombong sangat???
~x pham ke yg aq nie busy???
~tahu-tahu sms kata aq sombong??!!
~Owh!! kirenyer kalau aq x tgo means aq sombong la???
~betul kata orang!! kaum hawa nie sensitif ek??
~Dah lar tyme tu aq tgh dgr ceramah induksi fasilitator!!??
~ditambah letih+penat+mengantuk=nak marah!!??!
~pastu cara sms aq macam nak merajuk!!
~ok, fine.....

Wednesday, June 18, 2008

kerja..

fiq-"azrie, cousin aku dapat masuk UTP,scholar siot,best,nanti keje ngan petronas,senang dah"
azrie-"petronas dah x lama,minyak makin lama makin habis, nak keje apa ngan petronas nanti!"

sabar jelah azrie nie...

Eyh2.. kata x balik...

semalam ali telefon aku...
dia kata dia ada kat seremban,
aku tanya die
"kata hari tu x balik" dia jawab "aku pun tetiba diberi cuti 5 hari...

wah2, bukan nak gtaw aq awal2...
insyallah ali, esok aq dtg seremban..
kalau x pon ko jelar dtg KL.. bleyh aq bawa jalan2....

Pantas Masa berlalu..

sedar x sedar masa cutiku kian pudar...
tinggal beberapa hari sahaja masa yang aku ada untuk bermalasan..
selepas ni kena mengadap orang baru (maksud aku pelajar baru UNITEN)!!!!!

hopefully everythings gonna be ok!!

Monday, June 16, 2008

Menggapai Mimpi Kerinduan

Sedetik pancaindera,
Sekilas pandangan mata,
Sekalis titipan kata,
Serentak suara jiwa.

Kalau boleh rembulan bermutiara,
Kalau diizin bintang menari hampa,
Kalau tercipta langit bermuka,
Kalau diajuk ombak bergelora,

Mana bisa dibanding rindu,
Mana bisa dibanding cinta,
Mana bisa dibanding hati.

Hati,
mudah sungguh berubah,
mudah sungguh bertukar arah,
umpama deruan angin tanpa arah,
mengikut rentak tari kaki-kaki angin,


Sangkaan keliru panahan jiwa,
ditarik keliru runsing tersua,
ibarat bulan purnama,
siang berpaling, malam tersua..

Oh sang jiwa,
bisakan dirimu kepada yang satu,
jeratkan hatimu satu per satu,
bukan pada beribu...
seperti sang hati,
yang sentiasa tertutup pada yang dirindu,
hanya boleh dibuka bukan selalu.....


Mimpi Naluri,
Al-Firas....


Sunday, June 8, 2008

Sekadar Peneman Bicara....

Seandainya,
jika bisa hatiku ini
berkata-kata....

Maka,
tidak terluah segalanya,

Diriku ini,
tidak mampu
untuk menjadi yang satu

Biarkan aku,
sekadar peneman bicara,
penawar duka,
pengubat jiwa yang sengsara.
bukannya,
pengubat cinta asmara.

Hatiku tetap hatiku,
Naluriku tetap naluriku,
yang mampu menembusi
kata hatimu....

sekadar bicara,
Al-Firas

Saturday, June 7, 2008

Sahabat....

Sahabat...
Kata pujangga begitu bermakna,
Terselit seribu suka dan ria,
Terselit seribu duka dan lara.

Suka dan ria
Siang malam sentiasa bersama,
Menggapai erti gembira,
Gembira bersama di hujung cita,
Senyuman bibir menguntum sahaja,
Bak delima dimamah permata,
Delima hilang permata menjelma.

Duka dan lara,
Setitik duka.
Semua berlara,
Yang rapat menjadi sengketa,
Sengketa kata mencengkam hiba,
Perwatakan bicara hati terluka.

Namun
Sahabat itu tetap KITA,
Walau terpisah di mana jua.....


Luahan Rasa,
Al-Firas....