Friday, August 27, 2010

Majlis Perwakilan Pelajar 2010/2011

rasanya dah lama sangat aq x update blog ini sejak aq bz dgn test2 n abes plak test aq tersangkut plak dengan pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar Uniten… aq x tau nak ckp how was it but then all this thing suddenly happen tanpa sempat aq memikirkan samada tindakan yang aq ambil ini tepat ataupun tidak??? Persoalan ini bermain di fikiran aq setiap kali aq memejamkan mata… adakah aq layak untuk memegang kerusi MPP Uniten sebenarnya?? Bermula dari hari penamaan calon… kempen.. hari pengundian sampailah hari pengiraan undi.. aq tidaklah berasa terlalu excited.. tapi atas sokongan kawan2 aq sendiri.. aq cuba untuk menerima keadaan.. mungkin ini adalah masa untuk aq menimba pengalaman kerana pengalaman mengajar seseorang untuk berubah kepada yang lebih baik.. insyallah…

bercerita plak pasal kempen pilihanraya. suasananya macam pilihanraya yang selalu kite tgk ade poster bagai kata sana sini.. tergantung banner la apa lar... tpi aq tidak lah begitu semangat sampai nak buat banner besar2 alam dan gantung sini sana.. cukuplah dgn poster yang telah dinaikkan.. kalo orang kenal tu kenallah.. kalo org x kenal nak buat macam mana kan?? hehehehe...

semangat bukan dengan poster2 sumer???

tyme ni.. muka aq merata2 di uniten.. hahahahaha.. aduhai.. malu kot.. tpi nak wat cmner.. dah nama pilihanraya.. buat jelar.. dah calon2 lain
pun buat aq pon buat lar... calon yang ade sumer adalah 15 orang dan hanya 12 orang yang akan dipilih untuk memegang kerusi MPP berdasarkan jumlah pengundian sumer... sorry la.. aq x tangkap gmbr mengundi because of malas n aq pon nak cepat2 tyme mengundi sebab ade kelas...
pengiraan undi di galeri admin...

di atas aq ngan alin.. agent aq utk pengiraan undi.. naz n nini ada disebelah.. ahaha..

alhamdulillah setelah pengiraan undi.. aq berjaya memegang salah satu daripada 12 kerusi yang dipertandingkan.. maka bermula era bru dalam sesi pengajian aq di Uniten.. kita tunggu dan lihat macammana kehidupan aq setelah berada di dalam Barisan Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Uniten sessi 2010/2011.. harap2 semuanya berjalan dengan lancar.. insyallah.. aq perlukan sokongan dan dorongan dari rakan2 yang ada... dan tidak lupa juga kepada mereka yang telah mengundi aq untuk pilihanraya!!! jawatan belum ditentukan kerana kitrg sume akan ada temuduga yang akan dijalankan minggu depan oleh orang2 besar uniten la kot.. then afta tuh bru tahu siapa pegang jawatan presiden n etc!!!

sampai sini saja.. nnti update!!!

No comments: